Saturday, September 25, 2010

FALSAFAH PERNIAGAAN ISLAM

4 comments
Berniaga bukan semata-mata untuk mencari untung kerana di dalam perniagaan tidak semestinya kita sentiasa mendapat keuntungan. Dalam perniagaan sering juga kita menghadapi kerugian.

Tujuan perniagaan mengikut Islam sebenarnya ialah untuk memperbesarkan, memperpanjangkan dan memperluaskan aktiviti syariat dan dengan tujuan beribadah dan mendapat pahala yang banyak. Justeru di dalam perniagaan, hendaklah kita sentiasa mencari keredhaan Tuhan dengan niat yang betul serta perlaksanaan yang betul.

Mari kita lihat betapa di dalam perniagaan itu luas sekali syariatnya atau luas sekali ibadah yang berlaku di mana kebaikan dan pahalanya pula amat banyak. Di antaranya:


1. Di dalam Islam berkawan itu disuruh. Di Akhirat kelak, kawan itu boleh memberi syafaat. Melalui perniagaan, kita akan banyak dapat kawan sama ada dari kalangan pembekal-pembekal, kawan-kawan sekerja ataupun para pelanggan.

2. Melalui perniagaan, kita dapat memberi khidmat secara langsung mahupun tidak langsung kepada manusia dan ahli-ahli masyarakat.

3. Islam sangat menggalakkan kerjasama. Di dalam perniagaan banyak terdapat unsur-unsur kerjasama dan peluang serta keperluan untuk bekerjasama.

4. Di dalam perniagaan juga ada banyak tolak ansur, iaitu satu sifat terpuji yang sangat dianjurkan oleh Islam. Kalau tidak ada tolak ansur tidak boleh berniaga.

5. Perniagaan membantu dan memudahkan manusia dan ahli masyarakat mengurus dan mendapatkan keperluan hidup mereka, terutama di bidang makan minum dan keperluan harian. Mendahulukan, mengutamakan dan memudahkan orang lain itu sangat dipandang tinggi dan baik dalam Islam.

6. Dengan berniaga kita dapat menyelamatkan barangan keluaran umat Islam sama ada hasil pertanian, hasil ternakan dan lain-lain dengan mengumpul dan memasarkannya. Kalau tidak, barangan itu akan rosak dan terbuang. Akan timbul pembaziran. Dalam Islam pembaziran sangat dilarang. Menjauhi dan mengelak pembaziran adalah satu kewajipan.

7. Kita dapat memperolehi banyak pengalaman melalui perniagaan sama ada di bidang pengurusan, perakaunan, mengenal barang, mengenal tempat, mengenal cara hidup dan masalah manusia dan lain-lain lagi. Dalam Islam, mencari ilmu dan pengalaman seperti ini sangat dituntut.

8. Dalam berniaga, kita boleh berlatih sabar dan berlapang dada dalam menghadapi berbagai kerenah manusia. Ia sentiasa mencabar emosi dan perasaan kita. Orang yang sabar diberi pahala oleh Tuhan tanpa hisab.

9. Berniaga merupakan salah satu cara untuk memajukan agama, bangsa dan Negara. Ia merupakan tanggungjawab manusia sebagai khalifah Tuhan di muka bumi supaya dapat dilihat kebesaran Tuhan serta dapat dibesarkan dan dinikmati segala nikmat dan anugerah-Nya agar manusia boleh bersyukur dan mendapat pahala pula di atas kesyukuran mereka itu.

10. Dalam berniaga, kita berpeluang mengeluarkan zakat perniagaan. Dengan itu salah satu dari rukun Islam dapat kita tunaikan. Dapat kita wujudkan salah satu sumber atau saluran untuk membantu fakir miskin dan asnaf-asnaf yang lain. Banyak golongan akan terbantu dan terbela.


11. Perniagaan mewujudkan peluang pekerjaan untuk manusia sebagai sumber mencari rezeki. Dengan perniagaan, manusia boleh mengelak diri dari menganggur yang ditegah oleh syariat. Sekaligus tenaganya dapat dimanfaatkan oleh orang lain. Ertinya, dengan adanya perniagaan, tenaga manusia tidak dibazirkan dan manusia itu boleh jadi produktif dengan mengeluarkan hasil untuk faedah manusia lain.

Jelas sekali bahawa dengan apa yang disenaraikan di atas, begitu banyak syariat Islam dapat kita tegakkan melalui perniagaan. Maksudnya, berbagai-bagai aspek dalam Islam dapat kita bangunkan di dalam perniagaan. Apabila banyak aspek yang kita bangunkan maka banyaklah ibadah kita. Oleh itu, tidak hairanlah Islam menganggap orang yang berniaga secara jujur dan menepati kehendak-kehendak syariat itu sebagai orang yang berjihad fisabilillah. Munasabah juga berniaga itu dianggap kerja paling baik dalam Islam kerana kebaikan yang diperolehi oleh masyarakat hasil dari perniagaan adalah terlalu banyak.

Sumber: muslimdairyz

Tuesday, September 21, 2010

Contact


Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi kami melalui email, SMS, WhatsApp, PM FB, ataupun call terus ke number phone. Jangan segan-segan untuk bertanya tentang item yang anda lihat dan minat di dalam blog ini. Sebarang pertanyaan kami akan membalasnya dengan secepat mungkin. Enjoy membeli di sini , Terima kasih, sila jenguk lagi blog ini.

Untuk baca terma & syarat, sila klik link di bawah:
klik Terma & syarat

Email:

: lifestylebundle@gmail.com 
: mr.beck86@gmail.com

H/P:
Call/SMS/WhatsApp: 014-2259040 (Beck) 
SMS/WhatsApp: 010-2428657 (Lanz)

Monday, September 20, 2010

Terma & Syarat

FIRST COME FIRST SERVE.

  • Semua barang yg dijual adalah terpakai(used items,BUNDLE).
  • Nak booking boleh, kene bagi tahu owner dahulu & tempoh 2 hari utk book item, lepas 2 hari tak ada maklum balas, booking anda auto cancel. "P/s: kalau nak booking kena lah serius, jangan booking main cakap jak, pastu xjadi juga, rugi la macam tu, orang lain pun nak beli juga. Harap jgn rosak kan perniagaan kawan², :)
  • Harga barangan boleh dirunding, bergantung kepada jenis barang yang dijual.(Nego skit² jdi).
  • Harga semua barang adalah tidak termasuk dengan kos penghantaran,Kecuali pihak kami telah menyatakan terlebih dahulu bahawa barangan tersebut adalah termasuk dengan kos penghantaran.
  • Harga kos penghantaran adalah tertakluk kepada jumlah kuantiti barangan yang anda beli dan bergantung kepada jenis barangan.
  • Semua barang yang telah dibeli tak boleh ditukar atau dikembalikan.(kalau nk bli barang, kena tengok betul² barang dahulu baru order)
  • Pembayaran menggunakan akaun Maybank,CIMB Bank,Public Bank(ACC No. hanya diberikan setelah jual beli dipersetujui).
  • Barangan hanya akan di pos selepas bayaran dijelaskan.
  • Penghantaran menggunakan perkhidmatan Pos Laju & Pos ekspres.
  • Pastikan alamat penerima adalah tepat & betul semasa mengisi order form or sms.
  • Anda juga digalakkan menghubungi owner selepas mendapat barangan yang telah kami hantar untuk memastikan barangan tersebut telah selamat anda terima.
    Terms & Conditions
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...